Kemanusiaan, Kewangan

6 JANJI YANG ELON MUSK MUNGKIR

Elon Musk merupakan antara individu terkaya di dunia dengan syarikatnya TESLA bernilai USD891 bilion setakat Julai 2023. Tapi dia dikenali sebagai bukan orang yang tepati janjinya.

Pertama: Pemanduan automatik penuh Tesla

Pada tahun 2016 Elon berjanji yang keretanya akan mampu memandu sendiri dalam tempoh dua tahun, namun sehingga kini 2023 ia masih diperingkat percubaan sedangkan sebelum ini dia berjanji kereta boleh bergerak sendiri dalam keadaan pemandu sedang tidur.

Tesla menggunakan istilah Autopilot yang ditakrifkan dengan “Sistem bantuan pemanduan cekap” yang memerlukan pemandu memantau perjalanan kenderaan dan mesti meletakkan tangan di atas stereng.

Kedua: Satu juta roboteksi

Pada tahun 2019 pada hari Pelabur Tesla, Elok menyatakan pada Tesla akan memiliki 1 juta roboteksi pada tahun 2020.

Kata Elon “Saya sangat yakin meramalkan roboteksi Tesla pada tahun hadapan. Kita tak mungkin dapat kelulusan di semua tempat, tetapi saya yakin kita akan dapat kelulusan di beberapa tempat”.

Rancangan Elon, perkongsian kenderaan ini melibatkan Telsa yang dimiliki oleh pemilik yang tidak menggunakan kenderaannya.

Namun, sehingga hari ini, tiada satu pun roboteksi wujud.

Ketiga: Sistem Hyperloop

Kali pertama Elon memperkenalkan idea Hyperloop yang boleh bergerak selaju 760 batu sejam (1223 km/j). Pada tahun 2017 dia tweet persetujuan lisan dari kerajaan untuk pembinaan Hyperloop menghubungkan New York, Philadelphia, Baltimor dan Washington DC dalam masa 29 minit. Jarak yang kebiasaannya 4 jam lebih.

Walaupun begitu Elon telah mengubah rancangannya dengan menjadikan kawasan di California Selatan dijadikan tempat parkir kenderaan.

Keempat: X, “Super App” aplikasi berpusat untuk segalanya

Tahun lepas Elon telah membuat pembelian Tweeter untuk mempercepatkan pembinaan X, aplikasi berpusat lebih cepat tiga hingga lima tahun. Tapi masalahnya tiada siapa yang tahu apa sebenar yang dimaksudkan dengan “super app”.

Elon yang sering menyebut tentang kebebasan bersuara kelihatan gagal untuk menghapus bot (akaun tipu) dari Twitter malah menyekat akses kepada sejumlah besar akaun sebenar hasil dari penggunaan pekakas penapisan yang “rosak”.

Sehingga kini masih lagi menjadi tanda tanya tarikh siap aplikasi X tersebut.

Kelima: SpaceX menggunakan gas karbon dioksida sebagi peluncur roket

A SpaceX Falcon 9 rocket with the Dragon capsule launches from Pad-39A on the Crew 5 mission carrying crew members commander Nicole Mann, pilot Josh Cassada, Roscosmos cosmonaut Anna Kikina and Mission Specialist Koichi Wakata from the Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) to the International Space Station from NASA’s Kennedy Space Center in Cape Canaveral, Florida, U.S. October 5, 2022. REUTERS/Joe Skipper

Pada tahun 2021 Elon mengumumkan SpaceX akan melaksanakan satu program menukarkan gas karbon dioksida dari udara menjadi bahan bakar roketnya. Tapi tu lah, setakat ni masih tiada khabar berita tentangnya walaupun teknologi ini bukanlah suatu yang mustahil dan sedang dibangunkan dengan kajian daripada Universiti Cincinati

Keenam: Penghasilan 1000 atap solar setiap minggu

Elon juga menyatakan akan memasang panel solat lebih banyak selepas Tesla mengambil alih SolarCity sebuat syarikat pemasangan solat panel yang diuruskan oleh dua sepupu Elon.

Elon menyebut pada tahun 2019 “Berharap untuk menghasilkan 1000 bumbung solar seminggu pada hujung tahun ini”. Dengan harapan yang tinggi ini Tesla hanya mampu menjual 32 bumbung seminggu pada tahun 2022. Yup, 3.2% dari jangkaan asal Elon.

Kesimpulan

Sebenarnya banyak lagi janji yang tidak ditepati oleh Elon sehingga hari ini. Tapi saya tetap bangga dengan Elon yang menjadi pelopor dalam bidang kenderaan Elektrik masa kini. Semua syarikat lain sedang cuba untuk mengekori Elon secara rapat dan bila tiba masanya…dan bila duit dah ada. Baru lah boleh beralih kepada kenderaan elektrik.