Jual beli, Pelaburan

4 LANGKAH TUKAR LPPSA KE BANK

Ramai penjawat awam yang pada mulanya bersama dengan LPPSA kini kelihatan ingin meninggalkan kemudahan tersebut lalu berpindah ke perkhidmatan perbankan. Rumah yang pada asalnya dibiayai oleh LPPSA kini dilihat tidak lagi berbaloi disebabkan beberapa perkara, satunya kadar keuntungan bank pada masa kini sangat rendah berbanding LPPSA.

Tetapi sebelum itu, ia bukan semudah yang difikirkan. Banyak perkara yang perlu diketahui sebelum memulakan langkah tersebut.

1. MENGIRA KELAYAKAN PEMBIAYAAN:

Jika anda mempunyai kereta dan lain-lain komitmen bulanan, anda perlu mengambil kira kelayakan pembiayaan terlebih dahulu. Ada kemungkinan semasa anda membeli rumah, anda tidak mempunyai kereta, tetapi ketika anda ingin membuat pembiayaan semula, anda mempunyai komitmen tambahan. Anda perlu ingat, apabila refinance, anda perlu membayar ansuran bulanan yang lebih besar. Katakanlah semasa anda membeli rumah, ia berharga RM250,000 tetapi semasa ingin refinance anda membuat sebanyak RM350,000. Ansuran yang pada asalnya RM1,200 sebulan kini menjadi RM1,500 sebulan.

2. MENYEMAK HARGA PASARAN:

Bukan semua jenis rumah sesuai untuk dibuat pembiayaan semula. Jika harga rumah hanya naik lebih 30% dari harga belian. Kalau kurang daripada itu, anda akan rugi disebabkan keputusan anda ini akan melibatkan beberapa kos tambahan.

3. MENGIRA KOS TAMBAHAN:

Macam biasa kalau melibatkan bank pasti ada kos yang bukan sedikit. Kalau 500-600 sahaja, pasti tidak ada isu. Tapi beribu-ribu biji lemon yang kena dibayar. Kalau lemon tu murah takpe, tapi mahal, tu yang jadi masalah. Kos tambahan melibatkan Perjanjian Pembiayaan (Loan Agreement), Laporan Penilaian Harga Rumah (Valuation Report) dan MRTT. Kos ni sahaja menjangkau 5 peratus dari harga pembiayaan semula. Dah fikirkan masak-masak?

4. KIRA KOMITMEN BULANAN

Bila dah lama beli rumah, pastinya komitmen lain pun ada. Biasanya kereta lah yang menjadi kemestian. Walaupun begitu, mungkin ada yang telah habis segala komitmen lain. Kereta, habis bayar. PTPTN pun dah setel. Jadinya zero hutang melainkan rumah. Kalau beginilah keadaannya, mudahlah jalan untuk pembiayaan semula.

5. SEMAK CCRIS

Ni sebagai langkah akhir semaklah CCRIS atau CTOS anda. Kalau anda tidak mahu semak, pastikan semua komitmen bulanan anda telahpun anda bayar dengan baik setiap bulan. Jika tidak, anda perlu menyelesaikannya terlebih dahulu dan menunggu CCRIS anda suci dari noda.

5. DAPATKAN MORGAGE BANKER

Kenapa morgage banker? Bagi yang ingin membuat pembiayaan dari beberapa bank, ada baiknya anda memohon melalui morgage banker. Anda tidak dikenakan sebarang caj oleh mereka. PERCUMA sahaja. Malah anda akan menikmati lebih perkhidmatan yang diberikan berbanding banker. Katakan anda inginkan bank CIMB, anda tidak perlu ke CIMB. Jika anda ingin memilih 3 buah bank, anda hanya perlu memaklumkan kepada morgage banker untuk memohon bagi pihak anda. Tidak perlu turun ke bank untuk berurusan. Dan tidak perlu pergi ke bank-bank tersebut. Memadai berurusan dengan seorang sahaja bagi pihak anda.

Kurang faham? Tidak mengapa. Anda boleh menghubungi saya untuk bantuan sama ada penjelasan atau cara-cara permohonan. Klik butang HUBUNGI KAMI