Pelaburan

MENIAGAKAN HARTA ANAK YATIM

Isu

Harta anak yatim adalah amanah ke atas pemegang amanah yang merupakan sama ada isteri si mati, adik beradik, pakcik atau pihak seperti Amanah Raya dan lain-lain. Bila dah jadi pemegang amanah, pastinya risau jika duit anak yatim ini dimakan oleh zakat yang wajib dikeluarkan pada setiap tahun sebanyak 2.5%. jadi bolehkah niagakan atau laburkan harta-harta ini? Atau dibiarkan sahaja?

Penyelesaian

Kalau saya, saya cadangkan korang yang jadi pemegang amanah ni, simpan duit dalam tabung haji. Tak yah pening kepada. Ditanggung pula oleh kerajaan. Korang senang, anak yatim pun senang.

Tapi kalau korang bercadang nak laburkan di tempat lain atau niagakan duit anak yatim, korang perlu memikirkan bagaimana untuk mendapatkan keuntungan maksima tanpa menyebabkan kerugian kepada modal asal.

Timbul pula persoalan, sekiranya pelaburan yang dibuat mengalami kerugian, siapa akan tanggung kerugian tersebut.
Dalam hal ini, kalau korang memang berhati-hati dalam membuat keputusan dan atas keilmuan dalam bidang tersebut, korang tidak perlu tanggun kerugian tersebut. Akan tetapi sekiranya korang lalai dan cuai dengan tidak membuat kajian atau penelitian terlebih dahulu, maka korang wajib tanggung kerugian yang dialami.

Korang dah tahu kan? So kalau korang kena jaga harta anak yatim, apa yang korang akan lakukan? Simpan atau labur? Tuliskan di ruangan komen.