5 LANGKAH REFINACE RUMAH SECARA PERCUMA
Sebenarnya nak refinance rumah ni sangat mudah. Kalau beli rumah tu macam-macam hal nak kena tengok, tapi refinance sekarang ni semua di hujung jari sahaja. Nak refinance? Jom…
Pertama: Semak harga rumah
Kalau baru dapat kunci tak perlu lah nak refinance melainkan anda nak lari dari LPPSA dan berpindah ke pembiayaan bank. Sebab biasanya orang refinance sebab nak ambil cash untuk buat perkara pelbagai sama ada kahwin lain, tutup hutang, beli kereta, ubah suai rumah dan lain-lain perkara.
Sebaiknya kalau refinance, rumah tu perlu lebih daripada 5 tahun di mana harga semasa dan harga beli berbeza jauh. Contohnya beli RM100,000.00, harga semasa RM200,000.00. Baru lah ada keuntungan dari refinance. Kalau tak, buat rugi je.
Untuk semakan harga, boleh cuba lihat dalam mudah.my atau brickz.my untuk mendapatkan harga anggaran di kawasan sekitar rumah anda. Untuk lebih tepat anda boleh berhubung dengan jurunilai bertauliah, tapi rugi pulak sebab nak bayar ribuan ringgit semata-mata untuk dapatkan harga pasaran rumah anda.
Antara langkah lain, anda boleh berhubung dengan ejen hartanah untuk membantu mendapatkan harga pasaran. Mereka akan lakukan dengan percuma sahaja, tapi bila dah dapat harga pasaran dari mereka, jangan tinggalkan terus mereka. Gunakan khidmat mereka untuk buat refinance pula selepas itu.
Budi yang baik dikenang jua.
Kedua: Semak kelayakan pembiayaan bank
Langkah ini anda boleh buat sendiri dengan melayari laman web CTOS (recommended). Atau boleh juga menghubungi ejen hartanah anda untuk mengirakan DSR kadar kelayakan pinjaman perumahan anda.
Selain daripada itu, pastikan CCRIS dan CTOS anda dalam keadaan baik.
Ketiga: Sediakan wang tunai
Jangan lupa untuk sediakan sedikit wang tunai untuk membayar kos refinance ni. Anda perlu membayar:
- MRTT (takaful) perlindungan rumah sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepada anda.
- Perjanjian Pembiayaan Bank (Loan Agreement)
- Yuran guaman
Kos di sini melibatkan kos lebih kurang 5% daripada nilai rumah semasa. Tapi jangan risau jika tiada cash di tangan kerana kita boleh membuat memasukkan nilai tersebut di dalam loan. Misalkan harga refinance RM250,000, kadar 5% iaitu RM12,500 akan dimasukkan dalam loan. Jadinya anda tidak perlu mengeluarkan sebarang wang tunai sepanjang proses ini.
Tapi kalau anda nak bayar secara tunai, pun boleh. Cuma maklumkan kepada ejen anda mereka akan uruskan sebagaimana yang anda kehendaki.
Keempat: Hubungi pihak bank/mortgage banker
Seterusnya sekiranya anda berhubung dengan ejen, pada kebiasaannya para ejen akan ada mortgage banker yang biasa mereka uruskan loan bagi pihak mereka. Urusan melalui mortgage banker amat memudahkan dan lebih fleksibel berbanding dengan direct banker. Sebagai contoh jika anda ingin membuat perbandingan antara 3 bank, anda cuma maklumkan kepada mortgage banker, dan semua itu akan diuruskan. Anda tidak perlu pergi ke semua cawangan bank untuk berbuat demikian. Mudah bukan?
Kelima: Kesabaran anda
Sekiranya dokumen anda telah lengkap dan CCRIS/CTOS pun ok, anda cuma tunggu sahaja dalam masa beberapa hari untuk mendapatkan kelulusan refinance rumah anda. Setelah lulus dan semua proses selesai, wang dalam akaun anda akan menjadi berlipat ganda. Jangan gelap mata untuk joli wang anda, tetapi laburlah di tempat yang boleh menggandakan wang anda. Bukan layan Forex, bukan join Multi Level Marketing (MLM) bukan buat benda tak berfaedah. Gunakan dengan bertanggung jawab.