4 CARA SEMAK HARGA RUMAH
Ada rumah yang nak dijual? di sini saya terangkan cara mudah menyemak harga rumah. Saya suka yang keempat sebab memudahkan hidup saya.
Pertama: Mudah.my
Siapa di Malaysia yang tidak mengetahui laman web mudah.my? Di situ, cari kawasan yang serupa dengan rumah anda berada. Terus anda boleh dapat harga rumah jiran-jiran yang sedang iklankan rumahnya. Sebenarnya bukan laman web ini sahaja, banyak lagi seperti iproperty, propertyguru, durianproperty dan lain-lain. Pada kebiasaannya jika ejen hartanah yang mengiklankannya, rumah tersebut telah pun diberi penilaian angggaran. Tetapi terdapat juga kes di mana harga yang diiklankan adalah harga yang dikehendaki oleh pemilik sedangkan harga pasaran jauh lebih rendah.
Tapi harga iklan bukanlah harga jual. Ini kerana mudah.my tidak merekodkan sebarang transaksi berkenaan hartanah yang telah dijual. Mungkin harga iklannya RM450,000.00 tapi harga jualnya RM390,000.00, siapa tahu?
Kedua: Brickz.my
Di sini pula dinyatakan harga jual secara jelas beserta tarikh hartanah tersebut dijual. Jadi anda boleh anggarkan berapa pula nak letak harga untuk rumah anda. Cumanya jika anda tidak menggunakan khidmat berbayar di laman ini, maklumat yang boleh didapati adalah sangat minima. Malah nombor rumah juga tidak kelihatan. Tetapi sekurang-kurangnya anda boleh anggarkan harga yang patut anda letak untuk jualan rumah anda.
Ketiga: Jurunilai Berdaftar
Jurunilai berdaftar kebiasaannya mempunyai pertalian dengan bank. Maksud saya mendapat taraf panel bagi sesebuah bank. Bank akan menggunapakai penilaian yang dibuat oleh jurunilai ini. Anda tidak perlu risau penilaian tidak boleh mendapat pembiayaan kerana mereka sememangnya dilantik oleh bank untuk memberi penilaian. Sekiranya berlaku jualbeli, bank akan memberi pembiayaan berdasarkan penilaian jurunilai tersebut. Cumanya khidmat jurunilai ini tidak murah kerana boleh mencecah ribuan ringgit untuk sekali laporan yang dikeluarkan. Saya tidak cadangkan untuk sesiapa yang nak menjual rumah untuk mendapatkan khidmat ini.
Keempat: Mortgage Banker
Ini pula bukanlah banker dan mereka bukan pekerja di sesebuah bank. Mereka merupakan perantara di antara ejen hartanah, pembeli dan bank. Mereka bukanlah pihak yang memberikan penilaian kepada hartanah anda. Tetapi mereka sentiasa mempunyai hubungan rapat dengan jurunilai berdaftar. Jadi, khidmat penilaian yang diberikan adalah percuma. Setelah anda menggunakan khidmat mereka, pastikan anda/pembeli rumah anda menghantar permohonan melalui mereka.
Kesimpulan
Pada saya yang selalu jual beli hartanah, pilihan keempat merupakan pilihan utama saya sejak dahulu lagi. Ini kerana saya tidak perlu pening kepada untuk bergerak ke banyak tempat atau berhubung dengan pelbagai orang. Memadai saya hubungi mortgage banker untuk uruskan pembiayaan saya.
Anda pula bagaimana? lebih suka berjalan ke bank berjumpa banker atau hubungi mortgage banker melalui wasap sahaja?